• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PROGRAM PEMANTAUAN 'UPSKILLS' KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA ( PW2 ) DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

PROGRAM PEMANTAUAN 'UPSKILLS' KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA ( PW2 ) DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

Ipoh, 22 Mei 2022 - Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat MAIPk mengadakan sesi taklimat dan proses pemantauan kepada 15 orang pelatih kemahiran bagi program peningkatan kemahiran (upskills), kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jelapang, Ipoh.

Pemantauan dilaksanakan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, AF Ust. Bakri bin Lee dan Pengurus Unit Pemerkasaan Asnaf, En. Noraizad bin Rosli bagi memberikan semangat dan mengikuti perkembangan para pelatih tajaan MAIPk seterusnya seterusnya menjelaskan berkaitan hasrat serta hala tuju pelatih selepas tamat program nanti.

Program yang bermula pada Disember 2021 lalu dijangka akan tamat pada Julai 2022 memfokuskan kepada pelatih yang telah bekerja dalam bidang ini namun tidak mempunyai pensijilan rasmi yang diiktiraf. Antara objektif program ini adalah seperti berikut :
1. Membantu golongan belia asnaf untuk berkecimpung dalam bidang kemahiran & tvet;
2. Menyediakan alternatif bagi pensijilan bertauliah melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran              Malaysia.
3. Pensijilan SKM & Suruhanjaya Tenaga yg membolehkan pelatih layak untuk melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah-rumah kediaman.

Anda yang berminat untuk menyertai kursus-kursus anjuran MAIPk, boleh berhubung terus dengan Unit Pemerkasaan MAIPk di talian 019-5711384.Terima kasih para pembayar zakat negeri Perak. Dana zakat daripada anda memberi manfaat untuk pembangunan modal insan.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.