KAUNTER BERGERAK MAIPK DI PEJABAT PILIHANRAYA NEGERI PERAK
BERITA DARI IPOH
Pada hari Jumaat, 8 April 2022 yang lalu, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyediakan perkhidmatan Kaunter Bergerak Zakat & Wakaf MAIPk di Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, Ipoh.
Kaunter bergerak tersebut berada di lokasi dari jam 9:00 pagi hingga jam 12:00 tengah hari. Dalam tempoh sekitar tiga jam itu, banyak juga pengunjung yang datang untuk berurusan di kaunter bergerak yang disediakan itu.
Antara mereka, ada yang mengambil peluang untuk menunaikan zakat fitrah dan tidak kurang juga melaksanakan pembayaran zakat harta masing-masing malah ada yang mengambil kesempatan bersempena Ramadan yang mulia untuk menyumbangkan wakaf tunai. Selain itu, terdapat juga pengunjung yang menyertai Skim Potongan Zakat Berjadual.
Bersempena dengan pembukaan kauter tersebut, MAIPk turut mengadakan program tazkirah untuk warga SPR Negeri Perak yang disampaikan oleh Pendakwah Korporat MAIPk, iaitu Ustaz Mohd Azhar bin Abdul Latif.
MAIPk akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai program dan perkhidmatan untuk kemudahan umat Islam di negeri Perak khususnya agar mereka dapat menyempurnakan ibadah dan kewajipan mereka seperti berzakat dan berwakaf.
Tahniah dan terima kasih buat seluruh pengurusan tertinggi dan warga kerja di Pejabat Pilihanraya Negeri Perak atas inisiatif dan komitmen mereka bekerjasama dengan MAIPk dalam menyebarkan syiar zakat dan wakaf ini kepada orang ramai. Semoga segala kerjasama tersebut diganjari Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran dan balasan. Jazaakumullahu khairan kathira.
Teruskan berzakat bersama-sama Zakat Perak-MAIPk. Tunaikan zakat fitrah dan zakat harta anda menerusi online FPX. Mudah, cepat dan selamat. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my.