• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAJLIS TUAIAN HASIL PERTAMA PROJEK TANAMAN CILI FERTIGASI

Bagan Datuk, 22 Mac 2022 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Perasmian Projek Cili Fertigasi dan Tuaian Hasil Pertama bagi peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) MAIPk di Kg. Sg. Pergam. Projek cili fertigasi ini merupakan salah satu program yang yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan (April 2021 – April 2022). Seramai 20 orang peserta telah terpilih daripada seluruh negeri Perak mengikuti program ini dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM355,000.00 (RM17,750.00 setiap peserta).
 
Bantuan Modal MAIPk ini diperuntukkan di bawah Asnaf Fakir dan Miskin dan diberikan kepada asnaf yang produktif serta boleh menjana pendapatan mereka melalui perniagaan dalam bidang pertanian. Melalui bidang pertanian diharapkan dapat membantu golongan asnaf tersebut keluar dari kelompok kemiskinan dan meningkat taraf kehidupan mereka.
 
Pada majlis perasmian disempurnakan oleh YDH Toh Seri Lela Paduka Dato' Dr Khalid bin Ismail, Orang Besar Jajahan Bagan Datuk. Turut hadir, Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pengawai Eksekutif MAIPk, Pengerusi Eksekutif I-Grow, Encik Nordin bin Abdul Malek, Wan Mohammad bin Wan Isa, Penolong Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Puan Hajah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Encik Bakri bin Lee,  Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Shameer Mahzuz bin Mohd Zin, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk serta pegawai-pegawai dan pekhidmat MAIPk.
 
 Disediakan Oleh :
 
Bahagian Perhubungan Korporat
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
22 Mac 2022










Ringkasan Program Pertanian : Tanaman Cili Fertigasi 2021/2022 Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A)
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak


Skim : Skim Latihan Keusahawanan Asnaf Program : Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A)
Bidang : Pertanian - Tanaman Cili Fertigasi
Penyedia Latihan : GreenHand Sdn Bhd, Kampong Gajah. ( i-Growth )
Nama Pegawai :
1) En. Nordin Bin Abdul Malek

2) Pn. Nor Ashikin Bt. Samsudin

Bil. Usahawan Asnaf : 20 orang (seperti senarai nama berkepil )

Taburan Peserta : 1. Bagan Datuk : 5 orang        2. Gerik : 2 orang
                              3. Selama : 2 orang                4. K.Kangsar : 2 orang
                              5. Lenggong : 1 orang            6. Taiping : 2 orang
                              7. S.Iskandar : 2 orang           8. Manjung : 3 orang
                              9. B.Serai : 1 orang

Tempoh Program : 12 Bulan ( April 2021 – April 2022 )
Kos Kursus & Barangan : RM355,000.00 ( RM17,750.00 setiap peserta )
Perincian Kos :
1) Kursus teori & praktikal ( 2 siri )
2) Set peralatan lengkap & sistem fertigasi
3) Proses pemantauan selama 8-10 bulan
4) Bantuan teknikal dan nasihat
5) Bantuan pemasaran hasil cili kulai

SENARAI NAMA PESERTA ( ASNAF ) :

BIL.

NAMA :

DAERAH :

JUMLAH TUAIAN

/ STATUS TERKINI :

 

1.

 

Saiful Adli bin Mohamed Yahya

 

Bagan Datuk

 

500 kg

 

2.

 

Shalihin bin Misnadi

 

Bagan Datuk

 

300.500 kg

 

3.

 

Siti Zabedah bt Shamsudin

 

Bagan Datuk

 

400-500 kg

 

4.

 

Windy Amiaty bt Pangky

 

Bagan Datuk

 

Menunggu tuaian hasil

 

5.

 

Ridhwan bin Awang

 

Bagan Datuk

 

Dalam proses tanaman

 

6.

 

Jamil bin Ahmad

 

Gerik

 

300 kg

 

7.

 

Rosli bin Yusof

 

Gerik

 

200 kg

 

8.

 

Amirul Azuan bin Abdul Rashid

 

Selama

 

Dalam proses tanaman

 

9.

 

Muhammad Qusyairi bin Adnan

 

Selama

 

Dalam proses tanaman

 

10.

 

Muhammad Salehudin bin Bahari

 

K.Kangsar

 

Menunggu tuaian hasil

 

11.

 

Muhammad Zulkarnain bin Ismail

 

K.Kangsar

 

100-200 kg

 

12.

 

Kamarulzaman bin Maghtar

 

Lenggong

 

50-100 kg

 

13.

 

Ahmad Aidil bin Adanan

 

Taiping

 

Menunggu tuaian hasil

 

14.

 

Nurul Izzati bt Hamdan

 

Taiping

 

Dalam proses tanaman

 

15.

 

Muhamad Salleh bin Jamail

 

Seri Iskandar

 

700 kg

 

16.

 

Afifah bt Mohamad Afandi

 

Seri Iskandar

 

307 kg

 

17.

 

Muhammad Solleh bin Abd Hamid

 

Manjung

 

50-100 kg

 

18.

 

Kamil bin Moidin

 

Manjung

 

Menunggu tuaian hasil

 

19.

 

Muhammad Nazhan bin Nadzri

 

Manjung

 

Menunggu tuaian hasil

 

20.

 

Rosni bin Osman

 

Bagan Serai

 

Dalam proses tanaman

 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.