• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Bengkel Lanjutan Pembentukan Model Keusahawanan Asnaf

IPOH, 25 Januari 2022 – Bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Bengkel Lanjutan Ke-3 Pembentukan Model Keusahawanan Asnaf Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya.

Bengkel berlangsung selama separuh hari itu telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan telah melantik Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) untuk mengkoordinasi, melaksana dan menyelia program-program keusahawanan asnaf MAIPk bermula September 2021 hingga Ogos 2023 selama 2 tahun.

Dalam bengkel tersebut, pihak STeP telah membentangkan cadangan model baharu keusahawanan asnaf 2022. Pembentangan tersebut turut mendapat cadangan, penambahbaikan dan idea pendekatan baharu daripada ahli-ahli panel yang hadir.

Bengkel itu dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Nordin Kardi. Ahli-ahli panel utama yang dilantik pula terdiri daripada YDH Toh Seri Lela Paduka Dato’ Dr. Khalid bin Ismail, YBhg Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmad, YBhg Dato’ Haji As’ad bin Awang, Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Encik Mohd Haidi bin Sulaiman dan Puan Maizura binti Wan Zahari. Selain itu, beberapa orang ahli panel daripada pakar-pakar industri turut dijemput dalam bengkel tersebut.

Semoga segala resolusi yang terhasil daripada bengkel tersebut akan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kemajuan dan pembangunan usahawan asnaf MAIPk.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.