Majlis Perasmian Lonjakan Keupayaan Usahawan Asnaf
13 Oktober 2021 - Majlis Perasmian Program Lonjakan Keupayaan Usahawan Asnaf Negeri Perak (PRoJEP) 2021
Majlis secara maya ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari Pengarah STeP Negeri Perak, Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli, para pegawai serta melibatkan lebih 300 usahawan asnaf yang dipilih khas mengikuti program latihan dan bimbingan khas oleh MAIPk dengan kerjasama STeP.
Para peserta akan menjalani latihan secara praktikal dan pendekatan mudah bagi membantu meningkatkan kaedah pemasaran digital dan pengurusan kewangan. Mereka juga akan dipantau dan dibimbing oleh STeP dengan kerjasama coach2 yang dilantik MAIPk selama 3 bulan bagi menilai kesan peningkatan perniagaan mereka.
Para peserta terlebih dahulu menerima bantuan computer tablet dan pakej data internet percuma untuk 3 bulan untuk merangsang pendigitalan perniagaan mereka. Besarlah harapan MAIPk untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi di kalangan asnaf.
Terima kasih para muzakki, teruskan membantu kami membela nasib 8 asnaf. Salurkan zakat secara online. Lebih mudah dan pantas melalui FPX. Klik: https://ezakat.maiamp.gov.my