Dua Orang Kakitangan MAIPK UTC Perak Dilantik Sebagai Amil Zakat Fitrah
Rabu, 10 Julai 2013 - Dua orang kakitangan MAIPk UTC Perak telah menerima tauliah pelantikkan sebagai Amil Zakat Fitrah bagi tahun 2013. Mereka ialah Encik Sallehuddin bin Abdul Hanid dan Encik Hamizan bin Zainal Abidin. Kedua-duanya bertugas di Pejabat MAIPk UTC Perak. Semoga dengan pelantikkan tersebut akan memberikan kemudahan kepada orang ramai yang berkunjung ke UTC Perak serta petugas-petugas yang berkhidmat di UTC Perak untuk membayar zakat fitrah.