Dana Khas PKP 3.0 : 300 Usahawan Asnaf Terima Bantuan Tablet Dan Pelan Data Internet
Ipoh, 17 September 2021- Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Tablet dan Pelan Data Internet kepada usahawan asnaf MAIPk. Majlis disempurnakan oleh Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk. Turut dihadiri oleh Encik Mohd Saufi bin Ibrahim, Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat dan Perancangan Strategik dan Encik Noraizad bin Rosli, Pengurus Bahagian Agihan Zakat. Majlis pada hari ini melibatkan penyerahan kepada 10 orang usahawan (300 jumlah keseluruhan) merupakan simbolik menerima tablet dan pelan data internet yang merupakan bantuan Dana Khas PKP 3.0 MAIPk.
Tablet : RM231,000.00.
Data Internet 3 bulan : RM64,882.00
Jumlah Keseluruhan RM295, 882.00.
Tujuan :
1. Meningkatkan keupayaan & kemahiran digital dalam kelompok usahawan asnaf;
2. Membantu mempromosikan perniagaan & perkhidmatan secara 'online'.
3. Membantu meningkatkan semula daya saing usahawan asnaf dalam sektor ekonomi.
Ringkasan Penerima Tablet Mengikut Daerah :
1. Bagan Datuk : 7 orang
2. Bagan Serai : 12 orang
3. Batu Gajah : 3 orang
4. Gerik : 17 orang
5. Ipoh : 48 orang
6. Kampar : 16 orang
7. Kg. Gajah : 12 orang
8. K.Kangsar : 21 orang
9. Lenggong : 10 orang
10. Manjung : 28 orang
11. Muallim : 16 orang
12. Parit Buntar : 13 orang
13. Pengkalan Hulu : 9 orang
14. Selama : 9 orang
15. Seri Iskandar : 19 orang
16. Taiping : 28 orang
17. Tapah : 22 orang
18. Teluk Intan : 10 orang
JUMLAH : 300 orang