Lembaran Baharu Program Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk
IPOH - 01 April 2021 - Majlis Agama Islam & 'Adat Melayu Perak ( MAIPk ) kembali melaksanakan program Latihan Kemahiran Asnaf 2021 yang tertangguh sejak sekian lama ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, seramai 20 orang pelatih yang terdiri daripada anak-anak asnaf fakir & miskin seluruh negeri Perak telah melafazkan akujanji & seterusnya menyertai Kursus Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Kursus tersebut akan dijalankan di Schwhin College, Subang Jaya, Selangor selama 12 bulan & para pelatih akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 & Asuhan PERMATA serta jaminan pekerjaan selepas tamat belajar.
Sesi taklimat telah diurusetiakan oleh Unit Pemerkasaan Asnaf MAIPk & disusuli penerangan ringkas kursus oleh wakil pihak kolej. Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tn Shahrul Azam bin Shaari yang berbesar hati memberikan amanat & mendengar lafaz akujanji para pelatih yang terpilih.
Semoga kesemua pelatih dapat memberikan komitmen terbaik & berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang yg seterusnya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing..
Datang dengan HARAPAN, Pulang dengan KEJAYAAN..
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT MAIPk..