Program Jejak Asnaf Daerah Muallim
MUALLIM, 13 Januari 2021 – Pembukaan program Jejak Asnaf bagi tahun 2021 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diadakan di sekitar daerah Muallim untuk menterjemahkan dan memperkasakan keprihatinan MAIPk terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik. Memberi makna besar kepada MAIPk dalam memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya. Pihak MAIPk dapat bertemu dan melihat dengan lebih jelas keadaan sebenar kehidupan asnaf yang tidak bernasib baik ini walaupun lokasinya di dalam kawasan pedalaman kampung.
Program Jejak Asnaf ini telah menyasarkan kepada 5 buah rumah asnaf terpilih iaitu di sekitar Trolak Timur, Trolak Pekan, Slim River, Slim Village dan Tg. Malim. Program Jejak Asnaf tersebut telah diketuai oleh YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, YBrs. Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Pegawai Baitulmal Daerah Muallim, Encik Nabil Fikri serta pegawai-pegawai daerah dan ibu pejabat MAIPk. Pihak MAIPk telah menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan MAIPk daerah Muallim dan memberi bantuan barangan dapur dan duit saku untuk setiap keluarga.