Agihan Kotak Makanan Dan Beras Kepada Mangsa Banjir
Alhamdulillah, agihan kotak makanan telah dilaksanakan kepada 95 orang iaitu 69 orang PPS SK Parit Hj Aman dan 26 orang PPS SK Chngkat Lobak.
Penyampaian telah dibuat oleh YBhg. Orang Kaya Shahbandar Paduka Indera Ahmad Raziff bin Dato’ Seri Mohamad Zulkifli A.M.P Orang Besar Jajahan Daerah Kerian diiringi YB Datuk Dr Wan Norashikin binti Wan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Masyarakat , Y.Brs Tuan Haji Mohd. Sabli bin Bakri Pegawai Daerah dan Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai dan Parit Buntar. Majlis turut dihadiri Pengarah JKM Negeri Perak.
Visit: www.maiamp.gov.my