Program Ziarah Ramadan 1441H Siri 2
IPOH, 8 Mei 2020 - Pihak MAIPk hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada empat buah rumah asnaf di Buntong dan Kg. Kepayang, Fair Park. Bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari. Turut serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan), Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari dan Pegawai-pegawai Bahagian Agihan Zakat.
Dalam program ini, pihak MAIPk mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur dan wang tunai. Bantuan susulan yang diperlukan telah dipertimbangkan seperti Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Baikpulih Rumah dan Bantuan Bina Rumah.
Program yang diadakan bertujuan untuk membantu meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada para asnaf dengan sumbangan yang diagihkan. Nasib golongan asnaf sentiasa menjadi perhatian pihak MAIPk dan semoga mereka ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.