Sultan Perak berangkat ke Majlis Makan Malam Penaja WCIT 2020
IPOH, 4 FEBRUARI 2020 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menghadiri majlis makan malam penghargaan penaja dan pelancaran Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2020) di Casuarina @Meru. Ketibaan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pro Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, Naib Canselor USAS, Tan Sri Dr Nordin Kardi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abd Rahim dan barisan EXCO Kerajaan Negeri.
DYMM Sultan Nazrin berkenaan menyempurnakan gimik pelancaran WCIT 2020 serta penyerahan replika cek daripada para penaja kepada Tan Sri Dr Nordin Kardi. Pihak MAIPk telah menyumbang RM15 Ribu yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari. WCIT 2020 kali keenam anjuran USAS yang bertemakan Perkongsian Tentang Kemanusiaan akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mac 2020. Penganjuran WCIT 2020 adalah untuk mencari penyelesaian yang pragmatik dan praktikal terhadap masalah sosio-ekonomi, sosiopolitik, sosio-agama dan sosio budaya yang sedia ada.