Perhimpunan Bulanan Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak
IPOH, 22 Januari 2020 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan MAIPk Bil 1/2020 yang bertempat di Tingkat 2, Dewan Al-Ghazali, KIDR. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan bacaan doa. Acara utama dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari. Acara diteruskan dengan Persembahan Montaj aktiviti-aktiviti MAIPk sepanjang bulan Mei 2019 sehingga Januari 2020. Majlis kemudian diteruskan dengan Perutusan Awal Tahun 2020 oleh Yang DiPertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin kepada pekhidmat MAIPk. Perutusan yang telah disampaikan oleh YDP MAIPk antaranya menyentuh mengenai sikap tidak mudah berputus asa, sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT dan merencanakan strategi yang mampu mencapai hasrat di dalam Pelan Strategik MAIPk 2016-2021. Semoga perutusan yang telah disampaikan oleh YDP MAIPk dapat kita ambil sebagai panduan dan pedoman oleh semua warga kerja MAIPk.