MAIPk Terima Sijil Pengiktirafan Khas Produk Rumah Pilihan (Bantuan Bina Rumah MAIPk) Daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak
IPOH, 16 JANUARI 2020 - Bertempat di Hotel Syeun, Ipoh telah berlangsungnya Majlis Penutup Seminar dan Dialog Mekanisme Pembangunan Perumahan Negeri Perak. Sempena majlis ini, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak telah menyampaikan Sijil Pengiktirafan Khas Produk Rumah Pilihan (Bantuan Bina Rumah MAIPk) sebagai pengiktirafan atas komitmen dan usaha yang komited dari pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang telah banyak membantu golongan asnaf dan yang memerlukan bantuan dengan 3 jenis rumah dengan harga RM25,000.00 hingga RM50,000.00.Sijil pengiktirafan ini telah disampaikan oleh YB Yong Choo Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu kepada Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. Pada tahun 2019, pihak MAIPk telah menyalurkan Bantuan Bina Rumah berjumlah 304 buah rumah dan Bantuan Baik Pulih Rumah pula sebanyak 494 buah rumah asnaf.