Asnaf Dibantu Melalui Bantuan Perubatan
SELAMA, 11 Disember 2019 - Bertempat di Kampung Teluk Mas, telah berlangsungnya penyerahan peralatan di bawah Skim Bantuan Perubatan kepada pesakit terlantar daripada Program Jejak Asnaf MAIPk dan Program Ziarah Kariah bersama Bahagian Dakwah. Sumbangan katil dan lampin pakai buang telah disampaikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Selama, AF Ustaz Muhammad Naquib bin Mohd Tarmizi kepada En. Mohd Isa bin Harun. Bagi penerima kedua, sebuah katil perubatan telah disampaikan kepada suami Puan Zarina binti Bahadun. Semoga dengan bantuan ini dapat memberikan keselesaan kepada asnaf. Terima kasih kepada para pembayar Zakat.
#jomtunaikanzakat
#hartaterpeliharaasnafterbela
Jom segerakan bayaran zakat SEBELUM 31 DISEMBER untuk melayakkan tuntutan REBAT CUKAI 100%
Kini berzakat lebih mudah dengan hujung jari di https://ezakat.maiamp.gov.my
Layari www.maiamp.gov.my atau hubungi 05-2084100 untuk keterangan lanjut.
FB: ZAKAT PERAK – MAIPk
#zakatperak#jomtunaikanzakat
#hartaterpeliharaasnafterbela