Taklimat Zakat Surau Pasukan 91, Kem Rejimen Perisikan Tentera, Batu Gajah
Batu Gajah, 14 Januari 2013 (Isnin)
Ustaz Muhamad Fauzan bin Abd Rahim daripada Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat telah mengadakan taklimat zakat di Surau Pasukan 91, Kem Rejimen Perisikan Tentera, Batu Gajah. Seramai 45 orang anggota daripada pelbagai pangkat telah hadir mendengar taklimat yang disampaikan. Taklimat meliputi pengenalan kepada zakat harta, agihan dan isu-isu yang melibatkan ASB telah disampaikan.Risalah zakat dan borang potongan gaji juga diedarkan kepada yang hadir. Satu komitmen yang berterusan antara MAIPk dan anggota keselamatan dalam memperkasakan amalan berzakat di kalangan warga tentera.