Taklimat Zakat Di Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Perak Tengah
KG. GAJAH - Pada 25 Oktober 2019, Encik Muhammad Faiz bin Zakaria, Pegawai Baitulmal Kg. Gajah telah memberikan taklimat berkaitan zakat pendapatan serta potongan gaji zakat secara berjadual di Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Perak Tengah. Bertempat di ruang menunggu Klinik Pergigian Kg. Gajah, seramai 30 orang warga kerja yang terdiri daripada doktor, jururawat dan staf sokongan hadir untuk mendengar taklimat tersebut. segala permasalahan berkaitan zakat pendapatan dan potongan gaji zakat secara berjadual dapat diselesaikan dalam sesi soal jawab di akhir taklimat. Kehadiran van bergerak MAIPk bersama Unit Pemasaran Ibu Pejabat hadir membantu dalam memberi maklumat dan menjawab segala permasalahan berkenaan zakat.