Program Kursus Kemahiran Bagi Golongan Belia Dikalangan Anak-Anak Asnaf
IPOH, 19 OGOS 2019 - Golongan belia dari kalangan anak-anak Asnaf Fakir dan Miskin terus dibantu oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak(MAIPk) untuk menyertai peluang latihan kemahiran. Sebagai makluman, program ini merupakan Kursus Kemahiran yang ke-11 dianjurkan pada tahun 2019 dan sehingga kini, hampir 250 orang peserta sedang menjalani latihan di pusat-pusat latihan kemahiran bertauliah di seluruh negara. Pada hari ini, seramai 25 orang pelatih melapor diri bagi menyertai 2 jenis kursus yang ditawarkan iaitu Kursus Operasi Pemesinan dan Kursus Juruteknik Operasi Pengacuan Suntikan - Mekanikal Pembuatan. Program kali ini adalah dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Negeri Perak (PESDC). Semoga semua pelatih dapat memanfaatkan peluang latihan selama 5 bulan di PESDC ini, seterusnya bersedia untuk menceburkan diri dalam industri berkaitan.