Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Spa Kecantikan Dan Salon Rambut Muslimah, Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A) 2019
IPOH, 26 Julai 2019 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Spa Kecantikan dan Salon Rambut Muslimah, Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) 2019 di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. MAIPk telah bekerjasama dengan dua buah syarikat penyedia khidmat latihan bagi memberi bimbingan dan latihan kepada usahawan asnaf mengenai ilmu pengurusan perniagaan. Tujuan bantuan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah ilmu keusahawanan kepada para asnaf seterusnya menjana pendapatan keluarga. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Wan Maizura binti Wan Zahari dan dihadiri Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Ustaz Bakri bin Lee serta pegawai-pegawai dan perkhidmat MAIPk.