Program Hijrah Asnaf Ke Menara Gading (HIASMEGA) 2019
LENGGONG, 25 Mac 2019 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan majlis perasmian Program Hijrah Asnaf Ke Menara Gading (HIASMEGA) 2019 di Dewan Besar, KKTM Lenggong. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk. Merupakan satu insisiatif MAIPk dalam meningkatkan taraf ekonomi asnaf Fakir dan Miskin melalui bidang pendidikan bagi membolehkan anak asnaf melanjutkan pendidikan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seterusnya berdaya saing di alam pekerjaan. Program ini adalah satu persediaan pelajar dalam menentukan hala tuju selepas memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta persediaan sebelum melangkah ke IPT. Program ini juga akan membantu pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang IPT pilihan meliputi kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan. Selain itu, membantu mengenal pasti kursus yang ditawarkan sesuai dengan minat dan cita-cita pelajar sekaligus membantu memperolehi keputusan yang cemerlang dalam semua subjek yang bakal diambil seterusnya memperolehi pekerjaan di industri tersebut.
OBJEKTIF
- Meningkatkan motivasi dan pengetahuan pelajar berkaitan program-program pengajian yang ada di seluruh Malaysia bagi persediaan menyambung pengajian selepas mendapat keputusan SPM.
- Memberi maklumat berkaitan bantuan-bantuan yang disediakan oleh MAIPk bagi menarik minat asnaf untuk meneruskan kelestarian pendidikan mereka.
- Mengeluarkan asnaf Fakir dan Miskin daripada belneggu kemiskinan melalui pendidikan.
SASARAN
400 orang
Jumlah peserta - 362 orang pelajar (Penerima Skim Bantuan Persekolahan dan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk)