Taklimat Garis Panduan Prosedur Pendaftran Panel-Panel Penyedia Perkhidmatan Hibah
MAIPk, 23 November 2018 Satu Taklimat Garis Panduan Prosedur Pendaftran Panel-Panel Penyedia Perkhidmatan Hibah yang telah diadakan pada hari Jumaat (23/11/2018) di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Kira-kira 58 peserta yang menghadiri taklimat yang terdiri daripada wakil Peguam Syarie Negeri Perak dan Wasiyyah Shoppe.
Taklimat ini disampaikan oleh Cik Maziah Binti Mohaide Pegawai Undang-undang dan Puan Hajjah Wan Maizura binti Haji Wan Zahari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang telah memberi jawapan untuk segala pertanyaan untuk sesi soal jawab . Tujuan taklimat ini diadakan sebagai panduan dalam pelaksanaan pendaftaran Panel-Panel Penyedia Perkhidmatan Hibah di Negeri Perak .Tujuan taklimat ini juga, supaya Majlis mempunyai senarai daftar Panel-Panel Penyedia Perkhidmatan Hibah dan sebagai langkah mengawal pelaksanaan Hibah di Negeri Perak.