• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk Santuni Pesakit Cerebral Palsy

Muallim, 3/8/2018 - Pihak MAIPk Muallim menziarahi seorang pesakit yang bernama Nur Hamisha yang berusia 23 tahun menghidap penyakit Cerebral Palsy dan Pneumonia di Felda Sg. Behrang.
Kes ini telah diterima melalui Jabatan Kerja Sosial Hospital Slim River pada 13hb Ogos 2018 dan hari yang sama juga team MAIPk Muallim telah menjalankan siasatan awal bagi melihat keadaan dan keperluan adik ini. Setelah berbincang dengan ibu pesakit mendapati adik ini sangat memerlukan beberapa alatan perubatan seperti alat penyedut kahak, susu ensure, nestum dan pampers.
Ini kerana adik Nur Hamisha bergantung penuh kepada susu dan nestum hancur sebagai sumber makanan harian. Selain itu, adik ini juga sangat memerlukan kepada pantauan dan perhatian dari ibunya bagi memastikan keadaannya sentiasa terurus.
Semasa lawatan, MAIPk Muallim telah menyampaikan sumbangan sementara dan insyaAllah akan disusuli dengan bantuan lain yang adik Nur Hamisha perlukan.Semoga adik Nur Hamisha terus kuat dan segera sembuh.
(Sumber: FB Zakat PerakMAIPk)








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.