• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Persidangan Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan Kali Ke-2 Bil. 1/2024

IPOH, 25 Mei 2024 – Persidangan Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak (MPM) diadakan buat kali kedua di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Persidangan diadakan bertujuan membincang usul-usul dan kaedah baharu meningkatkan pengimarahan masjid-masjid di Perak yang dikemukakan oleh Ahli MPM.

Persidangan dipengerusikan oleh YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, Yang Dipertua MAIPk. Hadir sama YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’ Seri Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kinta, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Hj. Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Negeri Perak, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan SS Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah JAIPk.

Semoga peranan dan kegemilangan masjid sebagai pusat pembangunan tamadun dapat berkembang dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan masyarakat.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.